Rabu, 29 Ogos 2012

Tiba-tiba terdetik dalam hati......kenapa aku jadi insan terpilih yang sering diuji? kenapa aku yang harus menitiskan air mata setiap kali aku ingin merasa disayangi dan menyayangi.  Tak layak kah aku? Oh tidak, seharusnya seorang perempuan yang bernama Hanis tidak harus cepat melatah, tidak harus cepat mengalah hanya semata-mata diuji pada perkara-perkara hingusan duniawi.  Hanis kau tidak harus mengalah dengan kadar begitu cepat.   Kau masih ada banyak lagi tanggungjawab dan tumpuan yang perlu kau selesaikan.
Hanis tersedar dari lamunannya apabila terdengar namanya dipanggil.  Siapa pulak ni yang panggil aku subuh-subuh hari.  Niat di hati mahu disambung tidur setelah penat berjaga sepanjang malam menunaikan kewajipan pada-Nya.  Kak Hanis, Kak Hanis cepatlah bukak pintu.   terdengar suara Iman memanggil aku.

Oh Iman, ada apa memanggil kak pagi ini. Tak Pergi sekolah ke? Kak Hanis, tolong tengok nenek.  Nenek kena serangan asma lagi.  tersendu-sendu si Iman menahan sebak.  Kak tolong Iman hantar nenek ke hospital.  Nenek batuk tak berhenti-henti, nafasnya tersekat-sekat.  Hanis segera mencapai kunci keretanya.  Mata yang tadi hampir layu kini terang seakan-akan hilang nikmat untuk disogokkan bantal.  Isy, aku pun tidak arif benar selok-belok jalan di bandar ini.   Maklumlah baru seminggu aku ditempatkan di bandar ini.  Nasib baik lah si Iman ini cekap memberitahu selok belok jalan pintas untuk ke hospital jika tidak mahu aku akan tersekat dalam kesesakan pagi-pagi hari ini.

Aku memandang mak cik melalui cermin pandang belakang keretaku.  Terdetik rasa kasihan dan simpati di hatiku.  Melihat kepada kekerutan di wajahnya menahan sakit.  Semputnya semakin menjadi-jadi.   Sesekali terdengar batuknya.  Aku jadi tidak keruan, memikirkan apa yang bakal aku tempuh.  Semoga makcik tak apa-apa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan