Khamis, 30 Ogos 2012

sekeping hati yg bisu,,,

hati yg bersih boleh melahirkan jiwa yg hebat,,,,melalui telahan hati boleh menjernihkan kekusutan lingkaran yg membelit noda-noda hitam yg terjentik pada hati,,,Ya Allah,,,kurniakan aku hati yg bersih suci yg sentiasa mendambakan keampunan dan keredhaan Mu,,,,
Ya Allah,,,kini aku lemah dibuai oleh perasaan dan hati yg lalai,,,aku alpa dengan ciptaan rasa cita hatiku sendiri,,,aku terbuai oleh mainan perasaan yg dicipta oleh minda akal ku sendiri,,,
betapa kerdilnya aku,,,betapa lemahnya aku,,,ya Allah,,,dorongkan aku ke arah kebaikan,,,berikan aku peluang menghabiskan sisa2 yg ada dengan mendambakan diriku hanya padaMu,,,
Ya Allah kurniakan aku seseorang yg turut melabuhkan cintanya padaMu supaya kami sama2 bangkit utk menyemarakkan cinta nian di hati untukMu,,,,Ya Allah,,aku terlalu jatuh kasih padaMu,,,hanya padaMu ku bermohon dan bersujud meraihkan limpah rahmat kasih sayangMu,,,Ya Allah,,,
andai dpt ku jd mentari yg menyinari seluruh alam,,,andai dpt biar la ku jadi bintang yg menyinar di saat kau kegelapan,,,,,andai dpt biar la ku jadi spt bibir yg tersenyum di saat kau membisu menahan kesedihan,,,,jgn biar kesedihan dan kekusutan membelenggu hari2 anda,,,biarkan masalah2 yg hadir umpama air sungai yg sentiasa mengalir tanpa menghiraukan batu2 yg menghalang pengalirannya,,,

Rabu, 29 Ogos 2012

sahabat

sahabat itu umpama kerdipan bintang,,,walaupun jauh beribu-ribu batu tetap kelip bersinar menerangi alam,,,,,betapa sukarnya mencari sahabat yang susah senang bersama,,,,hargailah sahabat,,,,jadilah seseorang sahabat yang bila sukar dan senang tetap dicari bila hilang tiada berganti,,,, InsyaAllah
Tiba-tiba terdetik dalam hati......kenapa aku jadi insan terpilih yang sering diuji? kenapa aku yang harus menitiskan air mata setiap kali aku ingin merasa disayangi dan menyayangi.  Tak layak kah aku? Oh tidak, seharusnya seorang perempuan yang bernama Hanis tidak harus cepat melatah, tidak harus cepat mengalah hanya semata-mata diuji pada perkara-perkara hingusan duniawi.  Hanis kau tidak harus mengalah dengan kadar begitu cepat.   Kau masih ada banyak lagi tanggungjawab dan tumpuan yang perlu kau selesaikan.
Hanis tersedar dari lamunannya apabila terdengar namanya dipanggil.  Siapa pulak ni yang panggil aku subuh-subuh hari.  Niat di hati mahu disambung tidur setelah penat berjaga sepanjang malam menunaikan kewajipan pada-Nya.  Kak Hanis, Kak Hanis cepatlah bukak pintu.   terdengar suara Iman memanggil aku.

Oh Iman, ada apa memanggil kak pagi ini. Tak Pergi sekolah ke? Kak Hanis, tolong tengok nenek.  Nenek kena serangan asma lagi.  tersendu-sendu si Iman menahan sebak.  Kak tolong Iman hantar nenek ke hospital.  Nenek batuk tak berhenti-henti, nafasnya tersekat-sekat.  Hanis segera mencapai kunci keretanya.  Mata yang tadi hampir layu kini terang seakan-akan hilang nikmat untuk disogokkan bantal.  Isy, aku pun tidak arif benar selok-belok jalan di bandar ini.   Maklumlah baru seminggu aku ditempatkan di bandar ini.  Nasib baik lah si Iman ini cekap memberitahu selok belok jalan pintas untuk ke hospital jika tidak mahu aku akan tersekat dalam kesesakan pagi-pagi hari ini.

Aku memandang mak cik melalui cermin pandang belakang keretaku.  Terdetik rasa kasihan dan simpati di hatiku.  Melihat kepada kekerutan di wajahnya menahan sakit.  Semputnya semakin menjadi-jadi.   Sesekali terdengar batuknya.  Aku jadi tidak keruan, memikirkan apa yang bakal aku tempuh.  Semoga makcik tak apa-apa.